Thursday, May 27, 2010

9 Nyawa Mikhail




Assalamuailaikum semua, kalau sape-sape yang suke-gile-bace novel thrilller kompom korang tahu ape itu "9Nyawa" dan "Mikhail". Sebenarnya aku dah lame tak membace novel. Kalau tak silap, last bace novel mase aku first year kat UTM (Bajet dah grad), novel Mandatori karya  RAM (Ramlee Awang Murshid).  Walaupun dah agak lame novel ni dah ade kat pasaran, tak kira! Aku nak cerita gak serba sedikit karya novelis thriller no. 1 Malaysia nihh . Kenape dan mengape dan tibe-tibe jerrrr aku tertarek untuk posting pasal novel ni.? Ni gara-gara aku bila aku tertengok kat meja Kak Ani dan Kak Dayah dua hari lepas, mereka ni staff kat tempat aku praktikal kat HUSM Kubang Kerian. Mula-mula aku nampak novel "9Nyawa", tiba-tiba je excited then mintak pinjam kat dorang. Dorang pon kasik la pinjam. Hari ni, sebelom aku balek kerja aku belek-belek novel-novel kak dayah terjumpak pulak novel "Mikhail". Ape lagi hujung minggu ni, isi masa dengan baca novel laahh!! Membacakan Amalan Mulia.. hehehe..
Okey, sape yang tak bace lagi "9 Nyawa" dan "Mikhail" bolehlah bace sinopsis (belakang novel) kat bawohh..

Harga: RM19.90
Halaman: 518
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-487-6

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. 

Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Harga: RM19.90
Halaman: 494
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-432-6

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

pasnih nak carik novel:-
1.   Lagenda Budak Setan, Ahadiat Akashah
2.   Cinta Sufi, Ramlee Awang Murshid

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list


Photobucket

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP