Saturday, December 10, 2011

MINUMAN BERGAS BAHAYAKAN SPERMA?

Mungkin semua orang sudah tahu akan keburukan minuman bergas terhadap kesihatan manusia. Namun begitu, tahukah anda pengambilan minuman bergas setiap hari boleh membahayakan sperma anda? Kajian dilakukan di Denmark terhadap lelaki yang gemar mengambil minuman bergas dan lelaki yang tidak gemar mengambil minuman bergas. Lelaki yang mengambil minuman bergas setiap hari dalam kuantiti segelas atau lebih boleh menjejaskan sperma menyusut sehingga 30% atau mengalami risiko mandul berbanding lelaki yang tidak suka minum. Namun, pengambilan kafein pula tidak mempunyai kesan terhadap bilangan sperma. Kesan lain yang turut memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan adalah:-

--->> Sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik kerana pengurangan penghasilan kalsium dan magnesium yang berpunca daripada asid fosforik dalam kandungan minuman bergas.

--->> Kandungan radikal bebas dan gula yang tinggi boleh meningkatkan risiko kencing manis dan kerosakan tisu kulit

--->> Merencatkan proses tumbesaran. Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dikenali bisphenol A (BPA) yang mudah diresapi oleh minuman bergas.

--->> Minuman bergas mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

Oleh itu minumlah air putih untuk menghilangkan dahaga atau mengambil minuman isotonik sebagai langkah alternatif. Jangan terlalu ghairah dengan minuman bergas. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.


Copyright All rights reserved by Mrs Lovey

Friday, December 09, 2011

GOODBYE "MY EX"



Setelah lamanya dua bulan kau berkhidmat dengan aku, aku dengan paksarela terpaksa menjual kau. Bukan sebab kau tak cantik, menarik, takde BBM, takde Whatsapp atau ciri-ciri yang setiap orang nak. Kau banyak tolong aku bila aku perlukan kau. Kau tolong aku kontek mak aku kat kampung. Kalau tak, penat aku nak cari publik phone.Lagika kau tolong ambil gambar projek sarjana muda aku, update status facebook dan tweet-tweet bila ber-WIFI dan banyak lagilah. Bila subuh je mesti kau kejut aku. Tapi kadang-kadang aku bangun, kadang-kadang tak bangun sebab asyik snooze je last-last tak sedar. Tapi macam lagi banyak je yang aku tak bangun. Hehehe.

Aku jaga kau bagai menatang minyak yang penuh taw? Aku beli casing supaya kau tak calar. Tiap-tiap hari aku lap kau, supaya setiap hari nampak macam baru walaupun takde sape yang aku selalu main mesej dan bergayut melainkan dengan mak aku. Dan yang paling penting, aku tak pernah buat kau terjatuh, dijatuhkan mahupun menjatuhkan secara sengaja atau tidak sengaja.

Dan tadi kat McDonald UTM, aku serahkan kau dekat tuan baru kau. Aku tengok korang berdua memang sipadanlah macam pinang dibelah dua. Sama padan. Sama cantik. Tapi takpe dia dah nak beli, ape aku boleh buat. Aku jual aje lah. Sekarang ni asyik duduk ingat kat tuan kau aje. Aku harap kau jaga diri baik-baik dengan tuan baru kau. Jangan nakal-nakal. :P

Wednesday, December 07, 2011

TIPS MENGHADAPI PUTUS CINTA




Sememangnya sukar untuk seseorang itu berhadapan dengan masalah putus cinta. Macam-macamlah perkara yang tak sepatutnya dibuat bila dah putus, ada yang sanggup bunuh diri lah, kelar sana kelar sini, taknak makan berhari-hari, ponteng kelas, ponteng kerja. Lagi sedih kalau tak menunaikan perkara suruhanNya. Haiih mengapa perlu bertindak sampai macam tu sekali? Seelok-eloknya gunakanlah akal yang dikurniakan untuk menghadapi situasi sebegini. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan dan saya ingin berkongsi beberapa tips untuk korang yang berhadapan dengan situasi putus cinta ni.

1.       Memang korang dah putus kasih daripada seseorang yang korang sayang dan amat perit untuk diterima. Jadi, kasih sayang yang kekal abadi selamanya sebenarnya datang daripada Allah S.W.T. Ingatlah Dia selalu agar korang akan berasa tenang dan bersih daripada sebarang tindakan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada korang. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin korang boleh bercinta selepas berkahwin, orang tua-tua dulu kekal je sampai sekarang.

2.       Padatkan jadual harian korang agar tidak ada masa terluang dan sering nampak sibuk dengan aktiviti seperti bersenam, bermain futsal, beriadah dan macam-macam lagilah. Makesure korang tak bersendirian melayan perasaan (jiwang-jiwang gitu…hehe) kerana banyak keburukan yang timbul kerana syaitan mudah mempengaruhi hati yang sedang kesedihan.

3.       Kalau korang rasa berpotensi untuk mengembalikan cinta korang ni, apa salahnya korang berusaha sikit dan jangan terburu-buru sebaliknya banyakkan berdoa agar dapat petunjuk dari Allah. Ambil hati si dia balik. Biasanya mereka yang rasa diri dia bersalah akan buat cara macam ni. Yang tak kahwin lagi tu, cepat-cepat suruh family aturkan wedding. Nak bercinta boleh, lagi best kalau bercinta dengan halal kan? Tak gitu?

4.       Banyakkan berkomunikasi dengan kawan-kawan ke family ke agar tidak berasa sunyi, cari peluang berborak-borak. Kadang-kadang best jugak kalau ada orang yang memahami perasaan korang time tu kan.

5.       Jangan terlalu layan perasaan sangat. Chill lah!! Nak menangis, menangis sikit-sikit sudahlah tapi jangan lebih-lebih sampai lebam dua biji mata korang. Bunga bukan sekuntum beb, berkuntum-kuntum kat luar sana. Kumbang pun bukan seekor, tapi kumbang gatal memang banyak bersepah.

p/s: Yang tengah seronok berkapel tu “usung” anak dara orang merata tu, bawak-bawaklah nikah cepat-cepat. Lepas nikah nanti nak “usung” pergi ke mana-mana sampai ke hujung dunia pun bawaklah…


Thursday, September 15, 2011

BELOG AKU KE NI?

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

Ini hari mahu hapdet belog mimpi syakila. Dah berkurun lamanya tidak mengambil berat pasal engkau, mimpi syakila. Tahun ni baru satu post kan? Kesian kesian kesian. Dulu fikir malas sangat-sangat nak ambil tahu pasal engkau. Disebabkan sekarang tiap-tiap hari aku kat UTM ni rasa macam hari Sabtu je, baik aku hapdet engkau. Sekurang-kurangnya ada jugak benda yang boleh aku buat. Semester ni dalam seminggu berapa jam je masuk kelas. Bosan kot tinggal satu subjek dengan projek final je. Walhal aku boleh grad dengan coursemate aku yang lain minggu depan kalau semester lepas kalau amek projek final tu. Hurmm. Menyesal pun tak ada guna. Benda dah nak jadikkan? Kena ambil positip la bro. InshaAllah, ade mase nanti maka terhapdet la ini belog.

p/s: minggu depan dah boleh start keje dah. keje kontrak 10 hari kat tapak pesta konvo.

Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP