Saturday, December 10, 2011

MINUMAN BERGAS BAHAYAKAN SPERMA?

Mungkin semua orang sudah tahu akan keburukan minuman bergas terhadap kesihatan manusia. Namun begitu, tahukah anda pengambilan minuman bergas setiap hari boleh membahayakan sperma anda? Kajian dilakukan di Denmark terhadap lelaki yang gemar mengambil minuman bergas dan lelaki yang tidak gemar mengambil minuman bergas. Lelaki yang mengambil minuman bergas setiap hari dalam kuantiti segelas atau lebih boleh menjejaskan sperma menyusut sehingga 30% atau mengalami risiko mandul berbanding lelaki yang tidak suka minum. Namun, pengambilan kafein pula tidak mempunyai kesan terhadap bilangan sperma. Kesan lain yang turut memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan adalah:-

--->> Sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik kerana pengurangan penghasilan kalsium dan magnesium yang berpunca daripada asid fosforik dalam kandungan minuman bergas.

--->> Kandungan radikal bebas dan gula yang tinggi boleh meningkatkan risiko kencing manis dan kerosakan tisu kulit

--->> Merencatkan proses tumbesaran. Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dikenali bisphenol A (BPA) yang mudah diresapi oleh minuman bergas.

--->> Minuman bergas mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

Oleh itu minumlah air putih untuk menghilangkan dahaga atau mengambil minuman isotonik sebagai langkah alternatif. Jangan terlalu ghairah dengan minuman bergas. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.


Copyright All rights reserved by Mrs Lovey

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list


Photobucket

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP