Thursday, November 26, 2009

konvo 43 point 5

Salam. Dah lama xpos kat blog.

Untuk 2minggu kebelakangan ni saye agak busy ngan konvo. Bukan saye yang jadik graduan. But,kene handle gambar konvo. Sejak saye study kat UTM ni, ini adalah kali ke-5 saye join menjadi salah daripada jawatankuasa unit pengambilan gambar konvokesyen. Kali ni tanggungjawab saye lebih besar sikit,menjadi pengarah utk jawatankuasa unit untuk konvo kali nih. So, kali nih agak busy la. Banyak kerja yang kene wat sepertimane yang dirancang. Memang mencabar bile kite diberi tanggung jawab yang besar macam ni. Alhamdullillah semua berjalan dengan lancar. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Untuk kali ni, jumlah graduan xramai. Cuma 1359 orang jer yang hadir daripada jumlah semua graduan yang sepatutnya hadir adalah 1647 orang dalam satu hari dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Hal ini kerana konvo kali ini adalah untuk graduan daripada program kerjasama UTM (kolej2 dan institut yang bekerjasama dengan UTM) dalam erti lain adalah bukan pelajar UTM la. 


Untuk pengetahuan korang, terdapat sebanyak 3 kali konvo di UTM setiap tahun. Pada bulan Mac dan Ogos untuk graduan dari UTM dan bulan November untuk graduan dari program kerjasama UTM. Untuk graduan UTM, nama untuk majlis konvo ni sebagai contah adalah Majlis Konvokesyen ke-43 UTM 2009. Bagi graduan dari program kerjasama pula adalah Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma UTM bagi Graduan Program Kerjasama 2009. Nama majlis adalah berlainan untuk graduan dari program kerjasama adalah kerana mereka juga mempunyai majlis konvokesyen mereka sendiri. Sebagai contoh, nama institut yang terlibat adalah UPNM, IJED, ITP YPJ, INSTITUT TEKNOLOGI PERAK dsbg.


Ahli Jawatankuasa Kecil Unit Pengambilan Gambar Graduan Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma UTM bagi Graduan Program Kerjasama 2009.

Duduk dari kiri: Azmi (K Pencatat), EE (KU studio), Cae (KU Urusetia), AJ (KU Editor), Pejal (Bendahari), Achong (Timbalan Pengarah), Nazreen (Pengarah), Afi (Setiausaha), Amy ( Timbalan Bendahari), (KU Dewan), Mat (K Alatan), Spark (K Video) dan Mek (K Fotografer)
Tengah dari kiri: Wani, Nada, Juju, Syarm, Anis, Safia, Ayong, Ana, Bell, Leen, Ila, Wan, Fain, Mimie, Sarah, Belly, Qila dan Athirah.
Belakang dari kiri: Patu, Haniff, Fahim, Alep, Shrek, Fareez dan Akmal





blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list


Photobucket

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP