Thursday, May 06, 2010

6 Ciri Wanita Idaman Cesc Fabregas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alright, kat sini aku nak tahu, siapa kenal Cesc Fabregas sila angkat tangan kiri dan tangan kanan picit hidung (sebab ketiaq anda berbau) hehehe. Gurau saja-saja. Bagi mereka yang minat dengan bola sepak terutamanya team Arsenal FC atau Spain sure kenal sape mamat ni. Kehebatan, kelincahan, hantaran pendek, hantaran panjang dan gelek gelecekan mamat ni sememangnya tak dapat disangkal; memang hebat. Adakalanya, skill-skill aku pun dia tiru. wakakaka. (pepoyo tak pepasal). Ni dia gambar Fabregas.(http://cescfabregasfans.com)


Tapi, kat sini aku takmau cita pasal mamat Fabregas. Boleh kan? Takpe muka aku ade iras-iras macam Fabregas, kira boleh la kan.. (pepoyo tak pepasal lagi). Entry kali ni, aku mahu story-morry tentang ciri-ciri wanita idaman Fabregas aku. Aku ni takdelah cerewet sangat dan terlalu memilih. Biasa-biasa je. Sebaik-baiknya kita perlu lebih cool, relaks-relaks, tenang jer even muka kita takde lah sehensem Brad Pitt mahupun cantik seperti Angelina Tan Jolie.


Ok. Kriteria-kriteria wanita idaman aku adalah tak banyak. Sikit. enam jer.

Kriteria Pertama..... Pandai memasak. Aku seorang yang suka makan. Bukan kuat makan. Pagi-Petang-Malam-Tengahhari-Subuh. Jadual makan aku tak menentu. Bila lapar je mesti maw makan. Takkan nak makan lauk ikan bilis ngan sambal belacan tiap-tiap hari bila dah kawen nanti. Bukan pasal cerewet, tapi yang penting lauk tu pedas dan sedap. Aku suka makanan berkuah, tak suka kering-kering. takut tercekik.

Kriteria Kedua..... Happy-go-lucky. Aku ni kadang-kadang suka wat lawak sengal sikit. Kalau dia tak sabar, dah lama aku makan penampor percuma beserta kasut tumit tinggi hinggap di pipi sebab lawak-lawak aku kadang-kadang ke arah lucah sikit.

Kriteria Ketiga... mestilah bertudung dan tutup aurat. Actually, aku sebenarnya lagi suka perempuan bebas rambut, free hair. Sudahlah bersosial tu, nak jadik bini orang bawak la bertaubat. Nak berinternet, berfacebook ke, berblog ke, ber-YM pun aku tak kasi, buang masa jer. Pastu aku cakaplah "kan I dah ade". Lagi bagus kalau dia buta IT. baru line clear.. hahaha..

Kriteria Keempat... kalau boleh aku nak dia pandai speaking omputehh. Lebih bagus kalau taw lebih daripada dua bahasa, untung-untung bila dah kahwin nanti dah dapat anak boleh la dia ajar anak aku. Takdalah aku senang kena tipu. Sebab aku dah ada dorang. Tak kisah la bahasa apa-apa pun.

Kriteria Kelima...hobi dia ngan aku mesti tak sama. aku suka maen ragbi ngan futsal, amek gambar, maen facebook dan bershopping. Boleh tahan ke kalau perempuan tak bershopping?? ahahahaha.

Kriteria keenam.. nanti bila nak kahwin, janganlah letak hantaran mahal-mahal sangat. Murah-murah dah la, aku bukannya mampu sangat pun (kerja pun belum lagi). Terimalah aku seadanya, cam Nubhan nyanyi.. "U nak duit I ke I?".. hahahaha..

Ermmm. cukuplah enam kriteria ni. Rasa-rasa macam ada lagi tapi lupalah. Hahahaha. Aku rasa takda orang yang betul layak untuk aku ni. Aku tak kesah. Kalau ada jodoh tu, ada la.. Kalau takda aku redha. :)


(gambar sekadar hiasan)


email:nazreenhashim[at]yahoo[dot]co[dot]uk
yahoo messenger: xflanker_mssm[at]yahoo[dot]com

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP