Friday, December 09, 2011

GOODBYE "MY EX"



Setelah lamanya dua bulan kau berkhidmat dengan aku, aku dengan paksarela terpaksa menjual kau. Bukan sebab kau tak cantik, menarik, takde BBM, takde Whatsapp atau ciri-ciri yang setiap orang nak. Kau banyak tolong aku bila aku perlukan kau. Kau tolong aku kontek mak aku kat kampung. Kalau tak, penat aku nak cari publik phone.Lagika kau tolong ambil gambar projek sarjana muda aku, update status facebook dan tweet-tweet bila ber-WIFI dan banyak lagilah. Bila subuh je mesti kau kejut aku. Tapi kadang-kadang aku bangun, kadang-kadang tak bangun sebab asyik snooze je last-last tak sedar. Tapi macam lagi banyak je yang aku tak bangun. Hehehe.

Aku jaga kau bagai menatang minyak yang penuh taw? Aku beli casing supaya kau tak calar. Tiap-tiap hari aku lap kau, supaya setiap hari nampak macam baru walaupun takde sape yang aku selalu main mesej dan bergayut melainkan dengan mak aku. Dan yang paling penting, aku tak pernah buat kau terjatuh, dijatuhkan mahupun menjatuhkan secara sengaja atau tidak sengaja.

Dan tadi kat McDonald UTM, aku serahkan kau dekat tuan baru kau. Aku tengok korang berdua memang sipadanlah macam pinang dibelah dua. Sama padan. Sama cantik. Tapi takpe dia dah nak beli, ape aku boleh buat. Aku jual aje lah. Sekarang ni asyik duduk ingat kat tuan kau aje. Aku harap kau jaga diri baik-baik dengan tuan baru kau. Jangan nakal-nakal. :P

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP