Wednesday, December 07, 2011

TIPS MENGHADAPI PUTUS CINTA




Sememangnya sukar untuk seseorang itu berhadapan dengan masalah putus cinta. Macam-macamlah perkara yang tak sepatutnya dibuat bila dah putus, ada yang sanggup bunuh diri lah, kelar sana kelar sini, taknak makan berhari-hari, ponteng kelas, ponteng kerja. Lagi sedih kalau tak menunaikan perkara suruhanNya. Haiih mengapa perlu bertindak sampai macam tu sekali? Seelok-eloknya gunakanlah akal yang dikurniakan untuk menghadapi situasi sebegini. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan dan saya ingin berkongsi beberapa tips untuk korang yang berhadapan dengan situasi putus cinta ni.

1.       Memang korang dah putus kasih daripada seseorang yang korang sayang dan amat perit untuk diterima. Jadi, kasih sayang yang kekal abadi selamanya sebenarnya datang daripada Allah S.W.T. Ingatlah Dia selalu agar korang akan berasa tenang dan bersih daripada sebarang tindakan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada korang. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin korang boleh bercinta selepas berkahwin, orang tua-tua dulu kekal je sampai sekarang.

2.       Padatkan jadual harian korang agar tidak ada masa terluang dan sering nampak sibuk dengan aktiviti seperti bersenam, bermain futsal, beriadah dan macam-macam lagilah. Makesure korang tak bersendirian melayan perasaan (jiwang-jiwang gitu…hehe) kerana banyak keburukan yang timbul kerana syaitan mudah mempengaruhi hati yang sedang kesedihan.

3.       Kalau korang rasa berpotensi untuk mengembalikan cinta korang ni, apa salahnya korang berusaha sikit dan jangan terburu-buru sebaliknya banyakkan berdoa agar dapat petunjuk dari Allah. Ambil hati si dia balik. Biasanya mereka yang rasa diri dia bersalah akan buat cara macam ni. Yang tak kahwin lagi tu, cepat-cepat suruh family aturkan wedding. Nak bercinta boleh, lagi best kalau bercinta dengan halal kan? Tak gitu?

4.       Banyakkan berkomunikasi dengan kawan-kawan ke family ke agar tidak berasa sunyi, cari peluang berborak-borak. Kadang-kadang best jugak kalau ada orang yang memahami perasaan korang time tu kan.

5.       Jangan terlalu layan perasaan sangat. Chill lah!! Nak menangis, menangis sikit-sikit sudahlah tapi jangan lebih-lebih sampai lebam dua biji mata korang. Bunga bukan sekuntum beb, berkuntum-kuntum kat luar sana. Kumbang pun bukan seekor, tapi kumbang gatal memang banyak bersepah.

p/s: Yang tengah seronok berkapel tu “usung” anak dara orang merata tu, bawak-bawaklah nikah cepat-cepat. Lepas nikah nanti nak “usung” pergi ke mana-mana sampai ke hujung dunia pun bawaklah…


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

AboutMe

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hello.Testing-Testing

Perkongsian cerita, pengalaman, tips-tips, info, hiburan, fotografi dan macam-macam lagilah. Diingatkan penggunaan bahasa dan ayat dalam belog ini adalah tidak rasmi dan tidak dibenarkan meniru sebahagian bahasa bagi tujuan rasmi mahupun penulisan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jika terdapat kesalahab anggaplah ia sebagai kesalahan yang tidak disengajakan, harap maaf.

nazreen.blog.list


Photobucket

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Free Blogger Templates

Back to TOP